Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)
[ e-Solat] |
|
Imsak 5:32 |
|
Subuh 5:42 |
|
Syuruk 7:01 |
|
Zohor 13:15 |
|
Asar 16:41 |
|
Maghrib 19:26 |
|
Isyak 20:37 |
Rabu, 19 Mei 2010
KESALAHAN BERKAITAN DENGAN IBADAH JUM'AT
1. Sebahagian orang cukup malas mengerjakan ibadah Jum'at, bahkan meninggalkannya. Nabi SAW brsabda: "Hanya ada dua pilihan buat manusia: Menghilangkan kebiasaannya meninggalkan ibadah Jum'at, atau Allah akan menutup hati mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang lalai". (HR. Muslim).
2. Sebagian orang tidak menyertakan niat ketika berangkat ke masjid untuk melaksanakan shalat Jum'at. Anda akan melihat ia pergi ke masjid hanya sekadar menjalani rutini shj, padahal niat adalah syarat sahnya ibadah Jum'at dan ibadah-ibadah yang lain. Nabi SAW bersabda: "Segala amal itu semata tergantung pada niatnya". (HR. Bukhari).
3. Berhibur/membazirkan masa pada malam Jum'at sehingga larut malam, sehingga mengakibatkan ketinggalan shalat subuh karena tertidur. Yang terjadi kemudian, ia membuka lembaran hari Jum'at dengan dosa besar. Nabi Saw bersabda: "Shalat yang paling utama di sisi Allah adalah shalat subuh pada hari Jum'at dan dikerjakan secara berjama'ah". (As-Sohihah : 1566).
4. Lewat dalam menghadiri khutbah Jum'at. Sebahagian datang di tengah khutbah, bahkan ada yang datang ketika shalat tengah dilaksanakan.
5. Meninggalkan mandi besar, tidak memakai bauan, tidak bersiwak dan tidak mengenakan pakaian terbaik.
6. Melakukan transaksi sesudah adzan Jum'at dikumandangkan. Allah SWT berfirman "Wahai orang-orang beriman, jika kalian diseru untuk shalat pada Jum'at, maka bergegaslah menuju dzikir kepada Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (QS. 62: 9) Ibnu Abbas ra berkomentar: ' Saat itu haram hukumnya melakukan jual beli".
7. Berbakti kepada Allah dengan kemaksiatan, seperti membiasakan mencukur jenggut setiap hari Jum'at, dengan anggapan sebagai kesempuranaan kebersihan.
8. Duduk di barisan belakang tatkala barisan depan belum penuh, bahkan ada yang duduk di terus luar masjid, padahal ia berada di masjid yang lapang.
9. Menyuruh berdiri orang yang sedang duduk untuk ditempati tempat duduknya. Sahabat Jabir ra meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian menyuruh berdiri saudaramu pada saat ibadah Jum'at, lalu kamu duduki tempat duduknya. Tapi hendaklah mengatakan: "Tolong buka 'esot' agar lapang". (HR. Muslim).
10. Melangkahi bahu/belakang jama'ah yang sedang duduk, membelah posisi dua orang (memaksa duduk diantara dua orang sedangkan tempatnya sudah sempit), mengganggu dan mempersempit tempat mereka. Rasulullah SAW menegur orang yang melangkahi punggung jamaah, sementara beliau sedang berkhutbah: "Duduklah, kamu telah menyakiti dan mengganggu orang lain" (Shahih At-Targhib dan At-Tahrib, dan shahih Ibnu Majah).
11. Mengeraskan suara berupa pembicaraan atau bacaan, karena hal ini mengganggu konsentrasi jama'ah yang sedang shalat atau membaca Al-Qur'an.
12. Keluar dari Masjid sesudah azan dikumandangkan tanpa alasan yang mendesak.
13. Tidak memperhatikan khutbah dan tidak diam mendengarkan apa yang disampaikan khatib.
14. Banyak bergerak ketika shalat, cepat keluar dari masjid setelah salam, berjalan di depan orang yang sedang shalat, dan berdesakan di pintu untuk berebut segera keluar, tanpa mengisi waktunya dengan dzikir sesudah shalat sebagaimana dituntunkan.
Selasa, 18 Mei 2010
DOSA BERKUKU PANJANG
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.