Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:32
 
 Subuh
5:42
 
 Syuruk
7:01
 
Zohor
13:15
 
Asar
16:41
 
Maghrib
19:26
 
Isyak
20:37

Khamis, 10 Jun 2010

TIPS UNTUK WANITA

1. Wajib bagi seorang isteri:

i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga. Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati
suami dengan hikmah.

ii.Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.

iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun di atas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.

2. Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

" Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi."

3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.

4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali."

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya".
Keterangan:
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya."
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.

8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"
Keterangan:
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti. Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.

9. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)

10. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada
di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.

ii.Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.

iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).

iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."
Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.

11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW:
"Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan."

Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Senadainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."

Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada"

12. Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.

13 Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.

14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.

15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.

16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.

17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta
mengamalkannya.

18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"

19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.

20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
Keterangan:
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.

21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak.

22 Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, megipas dan lain-lain.

LEMBARAN HIDUP SEORANG WANITA

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan
Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!

catatan dari teman

BERTUNANG

Sekadar peringatan utk para jejaka yg masih bujang dan yg berada di alam pertunangan. Sama-samalah kita mengambil pengajaran utk dijadikan panduan pada masa kini dan akan datang..

Adakah anda gadis jelita....renung2kan..

Gadis Jelita

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula
dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap,
menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci
hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:


Elakkan Dari Berkawan Dengannya
-----------------------------------
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa
itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan
bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.


Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).


Lakukan Risikan Secara Rahsia
-----------------------------------------
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung
minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.


Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
------------------------------------
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah
keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta
kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan
kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
-------------------------------------------
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar
menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada,praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa
cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
--------------------------------------
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika
dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
----------------------------------------
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan
meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
---------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
-------------------------------------
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada
kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
---------------------------------------------------

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
-------------------------
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
-----------------------------------------
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat
membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu,
tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebih ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu
-------------------------------
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah
sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna
anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab
-------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

WANITA SOLEHAH

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Jumaat, 4 Jun 2010

HATI SEORANG ISTERI

“Jangan mengharapkan isteri seperti Fatimah, Jika diri tidak sehebat saidina Ali”

“ Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”
An-Nissak : 1.

Sabrina tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur.
Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Sabrina mengenali Zaid al-Harithah sejak berada di bumi SMKAK lagi. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Zaid memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Zaid pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, “ Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”

“ Umi… Abu ingat abi.”
“ Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”

Abu Bakar… Putera sulung Sabrina bersama Zaid. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Sabrina. Setelah sah menjadi suri Zaid, Sabrina bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Sabrina ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Sabrina ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Zaid tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi seorang doctor di Hospital Besar Alor Star. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Sabrina bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Sabrina terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Zaid tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

“ Ayang nak letak nama apa?”
“ Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
“ Sumayyah?”
“ Abang suka?”
“ Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”

Zaid mengucup dahi isteri tercinta. Zaid bahagia bersama Sabrina. Zaid bersyukur kerana Sabrina kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Sabrina begitu memahami. Sabrina tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Sabrina sentiasa patuh, dan redha. Zaid tahu, Sabrina kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Sabrina akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Sabrina tetap menerima. Sabrina mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Zaid tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

“ Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
“ Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
“ Bagaimana pula dengan rotan?”
“ Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya.”
“ Adakah dia sering memukulmu?”
“ Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
“ Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.

Sabrina ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Sabrina terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Zaid. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Sabrina tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu.
Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Sabrina menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Sabrina merancang sebegitu lama. Sabrina fikir, jika Zaid membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Zaid tidak pernah mahu mengerti?

“ Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Langkawi. Mungkin dalam dua hari.”
“ Pergilah bang. Orang dah jemput.”
“ Macam mana anak-anak?”
“ Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”
“ Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?”
“ Emmm….”


Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Sabrina ingin selalu di sampingmu.

Sabrina serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Zaid bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Zaid perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Zaid tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Zaid tidak tidur langsung. Sabrina kasihan melihat suaminya. Meskipun Zaid tidak pernah meluahkannya, Sabrina tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. ” Ibrahim : 7. Ya… Sabrina perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Sabrina menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Sabrina begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Sabrina mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, “ Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.”
Sabrina mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Sabrina cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Zaid akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Zaid. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

“ Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik.”
“ Abang Zaid tiada. Pergi ceramah di Langkawi. Macam mana kakak nak keluar rumah?”
“ Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik.”
“ Nanti kakak telefon abang Zaid.”

Telefon Zaid? Mana mungkin Sabrina mengganggu Zaid waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Sabrina tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Sabrina tidak mahu menghalang gerak kerja Zaid. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Zaid gelisah. Sabrina yakin, Zaid pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Sabrina mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Sabrina tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Sabrina mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Sabrina banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…

“ Kakak... Nenek dah meninggal.”
“ Innalillahiwainnailahirajiun.”

Sabrina senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Sabrina sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Sabrina tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

“ DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita
kan kembali.”

“ Kak Sabrina.”
“ Ya saya. Siapa di
sana?”
“ Saya Hafizah, anak didik ustaz Zaid.”
“ Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Hafizah nak pesan apa-apa?”
“ Em… Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,” talian sunyi sebentar.
“ Akak… Saya mencintai ustaz Zaid. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”
Posted at 02:46 am by puterax88
Make a comment Permalink
Hati Seorang Isteri II
“ Ustaz tahu hal ni?” Sabrina
cuba menahan getar di hatinya.
“ Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.” Diam lagi…
“ Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya.”

Hampir terjatuh gelas putih itu. Sabrina tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Sabrina tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Sabrina tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Sabrina yakin Zaid mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…

Sabrina tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Sabrina tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
“ Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,”
Al-Baqarah : 286. Sabrina juga tahu firman Tuhan, “ Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Tapi…

Macam mana dengan Hafizah? Hafizah mencintai suaminya. Mengapakah Zaid yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Zaid turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Zaid menyuruh Hafizah meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Sabrina memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Hafizah, dan Zaid. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Sabrina yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Sabrina menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Sabrina teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Sabrina tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

“ Kenapa lain macam je ayang sekarang?
Ada masalah ke?” Zaid mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Sabrina lain dari biasa.
“ Tak adalah bang. Ayang letih je,” kata Sabrina menahan sebak di dada.
“ Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?” Sangkal Zaid lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Sabrina… Abang mencintaimu. Zaid memeluk Sabrina, dan mendudukkan dia di sisinya.
“ Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita.”
“ Abang…” Sabrina makin sebak.

Tiba-tiba…

“ Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah.”
“ Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je.”
“ Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.”

Tak sanggup Sabrina membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Zaid. Hafizah! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Zaid yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Zaid bersetuju? Tak sanggup Sabrina menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Zaid menolak, Sabrina pasti menangis suka. Tapi, jika Zaid menerima? Sabrina menangis juga. Dia menangis kedukaan. Zaid pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Sabrina tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Zaid yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Sabrina melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Sabrina bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Sabrina lupa. Dia tidak boleh menipu Zaid. Suami itu menyedari perubahan Sabrina.
Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Sabrina manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Zaid amat mencintai Sabrina, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Zaid gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Sabrina yang lain itu sudah cukup meresahkan Zaid. Sedarkah Sabrina? Lebih parah lagi bila Zaid tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Zaid. Sesungguhnya…

“ Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.

“ Abang…” Sabrina bersuara satu malam.
“ Yang...”
“ Baru-baru ni, pelajar abang telefon.”
“ Ya.”
“ Hafizah namanya,” Sabrina
cuba melihat reaksi Zaid tapi tiada perubahan pada wajah itu.
“ Ya.”
“ Katanya...” Diam seketika.
“ Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang.”
“ Jadi?” Begitu tenang lelaki ini.
“ Kahwinilah dia,” lantas Sabrina menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Sabrina menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
“ Sebab inikah kamu berubah isteriku?” Bisik hati Zaid. Diangkat muka Sabrina. Ditenung mata yang berair itu. Sabrina menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Zaid mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
“ Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?” Diam…
“ Ayang tak sanggup?” Diam lagi…
“ Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?” Lidah Sabrina kelu.
“ Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nur Syahidatul Sabrina namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang.”

Lagi seminggu Sabrina akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Zaid tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Sabrina terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Zaid melihat Sabrina. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

“ Abang… Takut rasanya kali ini.”
“ Kenapa?
Kan abang ada.”
“ Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”
“ InsyaAllah, segalanya akan selamat.”
“ Abang...”
“ Ya.”
“ Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
“ Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
“ Kalau-kalau…”
“ Semua akan selamat,” pintas Zaid.
“ Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Hafizah sebagai pengganti ayang.”

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Zaid mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Sabrina juga tidak terkecuali. Percayalah Sabrina. Cinta abang untuk Sabrina seorang.

“ Encik Zaid… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”
“ Selamatkan keduanya,” Zaid seolah memberi arahan.

Zaid memegang erat isterinya. Muka Sabrina pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Sabrina. Diciumnya pipi itu. Zaid ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Sabrina sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Sabrina sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Zaid itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibnu Jarir Meriwayatkan

“Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah,Membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah.Maka sesungguhnya hal itu memberikan kecintaan dan pertolongan dari Allah.Dan seseorang tidak akan menemui rasa nikmat iman,sekalipun solat dan puasanya sehingga dia bersikap sedemikian.Persahabatan antara manusia yang bersandaran kepada kepentingan dunia tak berguna sedikit pun bagi mereka



"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI."

Selasa, 1 Jun 2010

JANGAN!!!

1. Syirik atau menyekutukan Allah.Mana ada kuasa lain yang boleh ubah nasib kita,

2. Meninggalkan perintah Allah.Sebagai hamba, selayaknya kita menurut segala arahan dan tinggalkan apa yang dilarang.

3. Tidak membayar zakat.Mandi membersihkan badan,zakat membersihkan harta dan jiwa.

4. Derhaka pada kedua ibu-bapa.Redhanya kedua ibu-bapa kepada kita menandakan Tuhan juga redha kepada kita.

5. Meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja.Orang yang meninggalkan sembahyang sama macm orang yang membinasakan tiang rumahnya.

6. Tidak berpuasa dibulan ramadhan.Setelah sebelas bulan berkenyang apa salahnya sebulan berlapar,dapat juga meningati orang sentiasa derita kerana lapar

7. Bergaul bebas.Kerana ia adalah bunga-bunga kpd perlakuan seks bebas.Api dan minyak kalau bertemu pasti terbakar.

8. Tak tutup aurat seperti yang disyariatkan.Menutup aurat dengan sendirinya akan menghindar niat jahat orang pada kita

9. Buruk sangka dengan Tuhan.Kalau kita sangka buruk dengan Allah,Dia akan menunaikan sangkaan kita itu.

10. Putus asa dengan rhmat Allah.Disebalik ujian biasanya ada rahmat yang tersembunyi,janganlah berputus as dengan rahmatnya.

11. Suburkan sifat keji.Orang yg badannya kotor dan busuk akan dijauhi,org yg kotor dn busuk hati lagi orang tak suka.

12. Tak belajar dan menuntut ilmu agama.Ilmu itu cahaya, orang yg tidak belajar ilmu agama bgaimna dia nk dapat cahaya dlm hidup.

13. Tak bersyukur dengan anugerah Tuhan.Allah dah beri kenalh syukur,nti Allah akn tambah lagi nikmat.

14. Tidak terima ketentuan Ilahi.Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah.Allah tidak menjadikan suatu perkara dgn sia-sia.

15. Tak amalkan ilmu yang dipelajari.Buah ilmu adalah amal,buah aml ialah iman,buah iman akhlak yg mulia.

16. Tak mengajak org buat baik dan tinggal kejahatan.Manusia hidupnya perlu bermasyarakat.

17. Tak percaya perkra-perkar ghaib.Seperti syurga,neraka,akhirat,pahala,dosa dan lain-lain.

18. Menganiaya makhluk Tuhan.Orang menzalimi makhluk Allah didunia akan diazab diakhirat.Bahkan didunia lagi Allah akan datangkan bala iaitu hati tak tenang.

19. Makan dari hasil yg haram seperti harta anak yatim,riba,judi dan lain-lain.

20. Tak adil dalam pembahagian hak.Allah maha adil,kita sebgai hamba yang tak punya apa-apa ni lebih-lebih lagi patut adil.

21. Suami isteri yg tak tunaikan tanggungjawab.Setiap manusia akan dipersoalkan akan tanggungjwb yg diamanahkan padanya.

22. Berdusta.Sumpah plsu,menukar yang hak dan yang batil, menghallkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

23. Tidak menyempurnakan nazar.Sedangkan berjanji dengan manusi pun perlu ditunaikan,inikan pula janji dengan Tuhan.

24. Membunuh tanpa sebab.Nyawa adalah pemberian Allah,Jangan mudah-mudah ambil apa yang Allah beri pada makhluknya.

25. Jangan buat perkara-perkara ni nanti Allah murka.Orang pun tk suka,sebab fitrah manusia sukakan kebaikan dan bencikan kejahatan.Tapi kalau hati dah rasa seronok bila buat perkara-prkara yg Allah `JANGAN` kan kepada kita, ini mesti something wrong pd hati.Jadi,kenalah check dengan doctor hati..